Perancangan Kokurikulum

PERANCANGAN UNIT KOKURIKULUM SMK BALAI RINGIN 2010-2014

 

Matlamat aktiviti  kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Ringin adalah untuk erealisasikan kehendakFalsafah Pendidikan Negara  iaitu;

 

1.1         Menyemai kesedaran murid terhadap agama, beradab, taat setia, bertanggungjawab, berdisiplin, jujur dan bersih, disamping mempunyai ciri-ciri emosi, intelek dan jasmani  yang seimbang.

 

1.2        Mengilap, mengukuhkan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam setiap aktiviti kokurikulum yang diceburi.

 

1.3        Mengisi masa lapang dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan  berfaedah.

 

1.4        Mengukuhkan interaksi, integrasi dan persefahaman  di kalangan pelajar, guru  dan juga dengan masyarakat luar.

 

OBJEKTIF KOKURIKULUM

Sejajar dengan objektif  Falsafah Pendidikan Negara, Perancangan Strategik Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Ringin adalah bertujuan untuk;

 
 

2.1       Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang berkesan dari segi pengurusan serta tanggungjawab kepada diri

sekolah, masyarakat dan negara.

 

2.2       Meningkatkan disiplin pelajar melalui pemyemaian dan pemupukan nilai, budaya  dan sikap positif selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara dan Rukunegara.

 

2.3       Meningkatkan keseimbangan anatara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani, minat dan bakat pelajar

kearah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan .

 

2.4       Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar untuk meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan

menggembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul dan seterusnya mencapai matlamat.

 

2.5       Meningkatkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara  pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan

kakitangan, sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.

Site Login